Bagaimana agaknya Miuccia Prada ketika dia mendapat tahu bahawa jenamanya bakal berkolaborasi bersama-sama jenama sukan terbesar dunia, Adidas.

Boleh jadi beliau risau, tambahan pula kolaborasi kali ini akan berkisar pada Adidas Superstar klasik yang menjadi tunjang kepada Adidas selama lebih 50 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerjasama ini menyaksikan Superstar klasik mendapat sentuhan khas yang dibuat di tanah Itali oleh Prada. Warna putih yang segar dan bersih seperti warna salji.

prada-adidas-superstar-bowling-bag-first-look-release-002

Dibuat daripada kulit khas yang melangkau sempadan dan definisi yang mencabar sepanjang lima dekad. Di samping itu logo Prada diletakkan khas di bahagian tepi kasut dan di atasnya terdapat tulisan Made In Italy.

Manakala bagi mengiringi kasut ini adalah bag tote bowling Prada x Adidas edisi khas yang bersesuaian digayakan dengan Superstar.

Dibuat di Itali dan dihasilkan dengan kulit mewah dengan logo Prada dan Adidas diletakkan di sisi beg.

adidas-prada-superstar

Adidas tidak asing dengan kerjasama bersama-sama pereka besar seperti Raf Simmons dan selebriti seperti Kanye West. Ini merupakan kerjasama pertama Adidas bersama jenama dari Itali ini.

Koleksi yang eksklusif ini akan mula dijual pada 4 Disember nanti, hanya terdapat sekitar 700 dan masing-masing hadir dengan nombor siri yang unik.

Ia akan mula dijual di 19 buah butik Prada yang terdapat di seluruh dunia – Paris, London, Beijing, Tokyo, New York dan banyak lagi.

prada-adidas-superstar-bowling-bag-first-look-release-003

Anda juga boleh dapatkan barangan ini secara dalam talian melalui laman sesawang Prada.com dan adidas.com. Sehingga hari ini, harga untuk Prada x Adidas masih belum diumumkan.

Baca cerita lain mengenai Adidas yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

adidas Umum Secara Rasmi Koleksi Kolaborasi Khas Bersama Prada

adidas Bakal Jual Model YEEZY ‘Croc’ Pula Tahun Hadapan

Lihat Bagaimana adidas Guna Plastik Terpakai Untuk Hasilkan Kasut Baharu