Pada 21 Mac 2020 yang lalu, AirAsia telah terbang ke Iran untuk satu Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) membawa pulang rakyat Malaysia kembali ke Malaysia. Iran adalah salah sebuah negara yang terjejas teruk dan berada di kedudukan 10 teratas negara paling teruk diserang COVID-19 .

Fahmi Esmail merupakan salah seorang krew AirAsia yang disenaraikan untuk terbang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan. Jika anda biasa mendengar nama ini, anda tidak salah kerana beliau adalah bekas peserta Mentor Legend yang kini bergelar pramugara syarikat penerbangan AirAsia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, ketika namanya terpilih untuk menyertai misi bantuan ke Iran, timbul rasa gusar dan risau untuk terbang ke sana. Namun, kata-kata daripada ayahnya membuatkan beliau kembali bersemangat untuk menyertai misi tersebut.

“Pergi dan bawa pulang rakyat kita di sana.” Kata-kata yang walaupun ringkat, tetapi ibarat satu restu buat Fahmi. Penerbangan ini menurut Fahmi sebenarnya sama sahaja seperti penerbangan AirAsia X ke Iran sebelum ini tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Semua krew misi bantuan akan diberi penerangan terperici termasuklah care pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang betul. Menurut Fahmi, selepas menyarung PPE ini sendiri, barulah beliau merasai keperitan para frontliners yang perlu memakai PPE ini setiap kali bertugas.

Detik sebelum penerbangan

fahmi briefing
Taklimat untuk semua krew sebelum penerbangan

Sebelum penerbangan ke Iran, semua krew telah menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia dan beberapa agensi kerajaan lain yang mengambil bahagian dalam misi tersebut.

Petugas kesihatan dan pegawai kerajaan antara yang turut serta mengikuti misi tersebut. “Rasa macam dalam filem Armageddon pun ada. Tetapi tidaklah sampai ke angkasa tetapi ke Iran sahaja,” seloroh Fahmi.

Dua jam sebelum mendarat di Tehran

“Ketika inilah kami menyediakan persiapan untuk penimpang. kami bahagikan kabin kepada 3 zon: Hijau, Kuning dan Merah di atas lantai. Begitu juga kerusi. Perlu ada jarak antara penumpang,” terang Fahmi.

Tidak seperti penerbangan biasa AirAsia, makanan dan minuman telah diselitkan siap-siap di poket kerusi bagi mengurangkan kontak dan sentunhan bersama penumpang. Sementara para krew penerbangan bersiap untuk menyediakan makanan, pasukan perubatan juga turut sibut menyediakan peralatan kesihatan mereka.

Bila semuanya sudah tersedia, barulah mereka menyarung pakaian PPE lengkap dan menanti kapal terbang mendarat di Tehran. Setibanya di Imam Khomeini International Airport, pesawat mengambil masa 1 jam untuk mengisi minyak dan setiap krew tidak dibenarkan untuk keluar dari kapal terbang.

Perjalanan pulang ke Malaysia

imam khomeini airport

Mereka menerima 55 penumpang, 46 adalah rakyat Malaysia. Menurut Fahmi, setiap krew juga dinasihatkan untuk tidak berbual panjang atau bersentuhan dengan penumpang. Tugas setiap krew juga hanyalah sebagai ‘pemerhati’ dan sekiranya ada kecemasan, pegawai kesihatan yang akan attend permintaan tersebut.

Fahmi berkata ada beberapa perkara penting yang mereka perlu patuhi sepanjang penerbangan balik. Pertamanya, mereka perlu sentiasa berhadapan dengan penumpang dan tidak mendedahkan bahagian belakang kerana bahagian belakang adalah bagian paling lemah untuk setiap PPE.

Kedua, mereka juga langsung tidak dibenarkan menggunakan tandas sepanjang perjalanan pulang bagi mengurangkan risiko jangkitan atau menjejaskan PPE. Jadi setiap daripada mereka perlu merancang pemakanan dan kawal minum air.

Ketika, setiap krew tidak dibenarkan merentasi zon yang telah ditetapkan. Jadi, setiap daripada mereka cuma menjaga zon yang ditetapkan sahaja.

Tiba di Kuala Lumpur

pulang
Gambar kenangan antara krew dan penumpang misi ke Iran

Bahagian yang pertama keluar dari kapal terbang adalah Zon Hijau terdiri daripada juruterbang dan krew. Diikuti Zon Kuning yang terdiri daripada jurutera, pegawai kerajaan dan krew. Terakhir adalah Zon Merah, penumpang lain termasuklah petugas kesihatan dan krew.

Selepas keluar dari kapal terbang, setiap daripada mereka perlu menjalani proses decontamination oleh pasukan Hazmat dan Bomba Malaysia. Selesai penerbangan, Bomba Malaysia akan menjalankan proses nyah cemar seluruh kapal supaya selamat digunakan untuk penerbangan seterusnya.

Apa pula selepas pulang?

Selepas selesai proses nyah cemar krew dan penumpang, mereka dibawa ke sebuah lokasi kuarantin untuk saringan kesihatan. Setiap daripada mereka perlu tinggal di tempat berkenaan selama dua hari untuk menunggu keputusan ujian.

“Alhamdulilah keputusan saya (dan krew lain) terima adalah negatif dan kami dibenarkan pulang untuk self-quarantine di rumah. Bermakna, kami langsung tidak boleh keluar rumah sepanjang dua minggu. Nasib baik ada perkhidmatan food delivery dan keluarga yang boleh keluar untuk membeli barang dapur,” kata Fahmi.

Selepas tiba di rumah, barulah beliau memuat naik gambar berpakaian lengkap PPE di laman Instagram miliknya. “Ketika itu, saya terima banyak sangat panggilan dan mesej daripada rakyat Malaysia yang berterima kasih kepada kami kerana membawa pulang rakyat kita yang sedang berada dalam kesusahan di luar negara,” kata Fahmi.

“Tetapi pujian itu bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua yang menjayakan misi menyelamat ini; MADMA, KKM, para pegawai perubatan Bomba Malaysia dan petugas di AirAsia. Misi ini pasti akan menjadi salah satu memori tidak dapat dilupakan oleh saya sepanjang berkhidmat di AirAsia,” tambah Fahmi.

Membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara merupakan satu tugasan bersama yang melibatkan pelbagai pihak. Ini membuktikan kerajaan Malaysia sudah buat yang terbaik supaya rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak menyebabkan jangkitan baharu untuk rakyat tempatan. Sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk negara dan menghadapi COVID-19 dengan serius.

‘Lockdown’ di seluruh dunia ternyata memberi kesan positif terhadap alam sekitar. Anda boleh bacanya lagi pada pautan di bawah.

Lihat Bagaimana ‘Lockdown’ COVID-19 Beri Kesan Kepada Alam Sekitar Di Seluruh Dunia

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Grab Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Bangunkan Perkhidmatan E-Bazar Ramadan