Seperti yang ramai sedia maklum, kehadiran platform TikTok sememangnya membuka ruang kepada kehadiran trend terbaru yang sekaligus menjadi ikutan buat orang ramai.

Jika sebelum ini, trend melibatkan tarian antara yang menjadi ikutan, berbeza pada kali ini apabila sebuah audio melibatkan suara mengilai seakan pontianak yang menjadi ikutan golongan dewasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isunya bermula apabila tular sebuah video di mana terdapat golongan dewasa yang memasang audio tersebut serta lari keluar daripada bilik meninggalkan anak kecil yang ketakutan mendengar bunyi mengilai pontianak.

https://www.tiktok.com/@ciciagustinaa/video/7127617008077786394?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2F&referer_video_id=7127617008077786394

@sayanaksholeh

♬ suara kuntilanak – solehudin1294

Di sangka sekadar konten dan hiburan, kehadiran trend ini nyata membuat segelintir netizen kurang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Dalam pada itu, majoriti netizen pada bahagian komen video TikTok tersebut meluahkan rasa terhibur menonton anak kecil ini ditakutkan. Berikut merupakan respon netizen terhadap trend terbaru TikTok ini.

https://twitter.com/meerollaa_/status/1557907864731402242

Sehubungan dengan itu, diharapkan trend ini tidak menjadi ikutan serta semakin menular. Harus diketahui di mana tindakan yang dilakukan memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan perwatakan anak kecil tersebut. Malah, agama Islam turut meletakkan hukum haram buat mereka yang bergurau atau melakukan prank secara berlebihan.

Untuk pengetahuan, setakat artikel ditulis, kedua-dua video TikTok tersebut masing-masing telah meraih lebih 60 juta dan 40 juta tontonan serta mendapat perhatian netizen dari pelbagai negara.

Tular pada minggu ini apabila seorang guru pemasaran dilihat ‘koyak’ apabila ditanya soal kejayaan bisnes terdahulu oleh seorang netizen.

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu

Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedahkan Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung