Dengan hari Valentine yang bakal tiba Sabtu ini (maaf kami tak sambut), cinta sedang berada dalam awang awangan. Tapi lelaki lelaki budiman yang mencari cinta dalam komersial terbaru Ford ini hanya tinggal angan angan dan makan asap.

Minta maaf, teman hot blind date anda sebenarnya mahu menjual kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ford melancarkan satu lagi iklan komersial menarik dengan membuat random temujanji lelaki bujang bersama seorang perempuan cantik dan cun yang juga merupakan seorang pemandu lagak ngeri profesional.

Dalam video ini, selepas berbual seketika dalam sebuah kafe, pasangan ini keluar dan menaiki sebuah kereta Ford Mustang 2015 baru dan perempuan itu akan memberitahu lelaki tersebut yang dia tidak pandai memandu kereta manual. Kemudian, apabila lelaki itu mula bosan, perempuan itu mula menunjukkan skill stunt.

Jelas sekali lelaki lelaki ini tidak tahu yang mereka sedang di prank, dan video ini menunjukkan masalah utama lelaki apabila berdating: Tunjuk pandai dan cuba si perempuan.

Nasihat kami, jangan bagitahu perempuan yang baru anda jumpa anda seorang ninja. Dan apabila anda dalam kereta jangan cakap besar yang anda tahu segala-galanya. Kerana dia mungkin seorang pemandu lagak ngeri profesional yang membuatkan anda kelihatan bodoh. Heh.

https://www.youtube.com/watch?v=3Nyr1Ao7iZA