Baru- baru ini tular di media sosial sebuah video prank mengagihkan  kotak sumbangan Ramadan berisi sampah yang dilakukan oleh Youtuber daripada Bandung, Indonesia.

Prank yang dilakukan Ferdian Paleka itu menimbulkan kemarahan orang ramai setelah ia dilihat keterlaluan dan lebih kepada menganiayai penerima-penerima sumbangan yang dirakam dalam videonya.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

photo_2020-05-09_13-53-29

Buat anda yang tidak sempat menonton video tersebut, Ferdian bersama beberapa orang rakannya dilihat mengumpulkan kotak sumbangan berupa IndoMee untuk diagihkan kepada mereka yang berada di jalanan sekitar kota Bandung.

Bagaimanapun kotak sumbangan tersebut bukanlah diisi dengan makanan untuk bersahur seperti yang diberitahu kepada penerima-penerimanya ketika mengagihkan sumbangan tersebut, sebaliknya ia dipenuhi dengan sampah.

Antara mangsa yang menjadi kebodohan dan kekejaman Ferdian itu adalah beberapa orang wanita transgender serta sekumpulan kanak-kanak yang ketika itu berpeleseran di tepi jalan-jalan.

prank

Tambah menyayat hati, kesemua penerima itu dilihat terharu dengan sumbangan yang diberikan beliau serta menyokong channel YouTube itu dengan memberikan kata-kata sepert ‘like, share dan subscribe’ sesudah menerima ‘juadah sahur’ tersebut.

Dalam perjalanan pulang, Fedrian dan kuncu-kuncunya juga dilihat menjustifikasikan dan mempertahankan tindakan tidak bertamadun dan tidak terfikir dek akal mereka itu dengan alasan membantu pemerintah dan menyebarkan kesedaran bulan Ramadan kepada wanita-wanita transgender itu.

Bagaimanapun, video atau ‘konten’ yang dibuat mereka itu tidak diterima dengan baik oleh hampir semua netizen yang menonton dan menyaksikan mereka menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen seluruh negara.

Antara yang tidak ketinggalan memberikan reaksi terhadap perbuatan terkutuk Fedrian itu adalah YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar yang berang apabila namanya ‘naik’ dalam video prank tersebut.

Bukan itu saja, mangsa-mangsa yang terkesan dengan prank tersebut juga bertindak tampil membuat laporan polis terhadap penganiayaan yang dilakukan oleh YouTuber tersebut.

Menyedari beliau diburu polisi, Febrian kemudiannya bertindak menyembunyikan diri dan menukar warna rambutnya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, bak kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupat akhirnya jatuh ke tanah juga dan beliau berjaya dicekup selepas dua minggu berada dalam pelarian.

Bukan sahaja di Indonesia, malah YouTuber di Malaysia juga pernah mencipta kontroversi apabila turut berhadapan dengan polis selepas melakukan ‘stunt’ melampau. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut.

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Pernah Menyamar Jadi Anggota JPJ, Netizen Dedahkan Ini Bukan Kali Pertama ‘YouTuber’ RM10,000 ‘Buat Hal’

Anda Mungkin Suka