Ketika rakyat Indonesia sedang bertarung dengan kes COVID-19 yang kian meningkat setiap hari, ada juga indivdu yang tidak sensitif dengan pemakaian pelitup muka.

Josh Paler Lin yang mempunyai lebih 3.4 juta pengikut di YouTube telah memuat naik satu video prank eksklusif beliau di Facebook yang dikecam teruk rakyat Indonesia.

Dalam video berkenaan Josh melukis pelitup muka pada muka rakannya dari Rusia, Lisha dan dari jauh ibarat beliau memakai pelitup muka yang sebenar. Mereka merasakan perkara itu sesuatu yang lucu tetapi tidak bagi rakyat Indonesia.

Seperti juga negara lain, peraturan memakai pelitup muka di tempat awam adalah perlu dan menyalahi undang-undang jika tidak memakainya.

https://www.youtube.com/watch?v=dNnbwuEd4fg

Bukan hanya dikecam, passport mereka berdua juga telah dirampas. Ketua Polis Bali dalam satu kenyataan turut mengeluarkan satu surat cadangan supaya imigresen mengusir keluar pasangan itu dari pulau Bali. Mereka menolak segala bentuk provokasi yang boleh membuatkan rakyat Indonesia Marah.

https://www.instagram.com/p/COAKaQGACVt/

Justeru itu, Josh telah membut permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya di mana beliau ‘kesal’ dengan perbuatan beliau itu dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu lagi.

Diharap tiada YouTuber yang akan tiru aksi Josh ini di Malaysia. Kerana mahu kejar views, Josh mungkin tidak dapat lagi masuk atau bercuti di Bali di masa akan datang.

Ini pula beberapa kes lain berkaitan prank yang mencetuskan buah mulut sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

Pelanggan ‘Prank’ Buat Tempahan Makanan, Peniaga Ini Kecewa Dipermainkan Dan Berdepan Kerugian

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Sumber