Baru-baru ini tular di media sosial sorotan video memaparkan konten YouTube seorang YouTuber yang melakukan ‘prank’ kepada orang awam dengan menarik tudung dipakai oleh wanita.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menerusi sorotan video tersebut, dapat dilihat YouTuber terbabit secara senyap ke arah mangsa lalu menarik tudungnya dan selepas itu menjelaskan kepada mangsa ‘prank’ bahawa dia hanya buat content untuk saluran YouTube miliknya.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Difahamkan, dia mengatakan bahawa dia akan ‘hulurkan’ sesuatu di belakang kamera bagi menebus perbuatannya itu dan juga tidak kisah dikecam ramai. Menerusi video terbaharu YouTuber tersebut, dia menjelaskan bahawa ‘prank’ tersebut hanyalah konten dan social experiment.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan konten yang dibuat oleh YouTuber tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berpendapat bahawa tindakan YouTuber itu sebagai satu tindakan gangguan dan tidak sewajarnya berlaku. Malah, rata-rata netizen turut berasa bengang dengan tindakan lelaki terbabit dan melabelkan ia sebagai satu perbuatan yang biadab.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang jadi bualan ramai pada pautan di bawah ini. 

Selamba Rangkul Pinggang Pelayan Wanita, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Jumpa Serangga Dalam Minuman, Kebersihan Restoran Di Kampung Baru Ini Undang Pertikaian Netizen