Bekas tentera Adam Jaafar, atau lebih dikenali sebagai “Prebet Adam” yang terkenal kerana amok di kawasan Chow Kit pada tahun 1987, telah dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan media, Adam meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang, semalam. Anak kelahiran itu Pulau Pinang yang berusia 57 tahun ini akan dikebumikan di Datuk Keramat di ibu negeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 1987, ketika dia berkhidmat sebagai seorang tentera pada usia 23 tahun, Adam masuk ke pinggir bandar Chow Kit dengan menggunakan motosikal bersama-sama dengan senapang serangan M16 yang dicurinya dari pangkalan tentera di Ipoh, Perak.

Di sana, dia melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang terbunuh, manakala yang lain cedera. Adam didakwa ke mahkamah atas kejadian amok terbabit. Namun ia didapati tidak sihat secara mental dan ditempatkan dalam rawatan psikiatri.

Kejadian itu melahirkan pelbagai teori konspirasi tetapi dalam sebuah buku tiga puluh tahun setelah kejadian itu, Adam memberitahu episod awal kehidupannya terjadi disebabkan trauma yang dialaminya ketika masih kanak-kanak dan kemudiannya dibuli oleh para seniornya dalam tentera.

Pernah jadi pelatik kepada TMJ, pesara tentera sebak baginda masih ingat akan dirinya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pernah Jadi Pelatih Kepada TMJ, Pesara Tentera Sebak Baginda Masih Ingat Akan Dirinya

Angkatan Tentera Malaysia ‘Sedia Tempur’ Ugutan Konsulat Kedutaan Korea Utara

Kajian Mendapati Tentera Lebih Takut Dengan Doktor Gigi Berbanding Perang