20th Century Fox telah mengeluarkan kenyataan bahawa filem Predator akan kembali ke pawagam. Filem ke-4 Predator ini dijangka menemui peminat setianya pada 2 Mac 2018.

Fox ada membuat teaser sedikit awal bulan Februari berkenaan filem ini dengan tulisan ‘You’ll never see him coming’. Skrip filem ini akan ditulis Shane Black (Iron Man 3) dan Fred Dekker. Shane juga akan mengarah siri terbaru Predator ini.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Franchise Predator bermula dengan filem pertamanya dilakonkan aktor legend, Arnold Schwarzenegger pada tahun 1987. Filem itu dibuat dengan bajet USD15 juta dan mendapat kutipan seluruh dunia sebanyak USD95 juta. Tengok di bawah untuk sedutan filem pertama siri Predator ini. Get to the chopper!

Anda Mungkin Suka