Hari ini bakal berlangsungnya konsert terakhir Altimet, ‘The Last Altimet Show’ di Dewan Merdeka PWTC. Konsert hebat ini bakal menampilkan 26 lagu dan 29 rakan artis yang akan bersama memeriahkan konsert terakhir Altimet ini.

Bersempena konsert terakhir Altimet ini, Preme.KL menerusi koleksi ‘Artist Series’ bekerjasama dengan Altimet untuk dua rekaan baju edisi terhad. Antara individu yang pernah berkolaborasi bersama Preme.KL untuk ‘Artist Series’ ini adalah Noh Salleh dan Pa’din Musa.

https://www.instagram.com/p/Bt3SBEFBNDp/

Altimet 1

altimet 2

altimet 3

Koleksi edisi terhad ini akan mula dijual di The Last Altimet Show sebentar lagi. Jika anda masih belum mempunyai tiket ke konsert ini, tiket masih dijual di Dewan Merdeka PWTC bermula jam 3.00 petang (pintu akan dibuka bermula jam 7.00 malam). Ayuh ke konsert terakhir Altimet yang pastinya epik ini!