Buat para penggemar kopi, sudah pasti Starbucks antara jenama yang menjadi pilihan ramai. Memiliki keunikannya tersendiri membuatkan ramai sentiasa mencuba minuman baru yang diperkenalkan oleh Starbucks.

Kini, Starbucks Malaysia telah membuka cawangan kopi pakar mereka, Starbucks Reserve terbesar di Malaysia. Terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, pastinya penggemar minuman Starbucks boleh merasai pengalaman minum kopi yang berbeza di sini dibuka secara rasmi semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_5859

IMG_5858

IMG_5855

Untuk pengetahuan anda, Starbucks Reserve menyediakan pilihan kopi yang lebih baik berbanding cawangan Starbucks biasa. Malah, para pengunjung boleh mendapatkan biji kopi Arabica terpilih yang datang dari seluruh dunia.

Sudah pasti, Starbucks Reserve merupakan tempat untuk para peminat kopi menikmati rasa kopi sebenar. Bukan itu sahaja, dekorasi Starbucks Reserve kelihatan lebih elegan dan mewah berbanding cawangan biasa.

IMG_5857

IMG_5862

IMG_5861

Setiap sudut di Starbucks Reserve ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda bergambar kerana sangat ‘Instagrammable’. Starbucks Reserve yang pertama di Malaysia dibuka pada tahun 2015 dan terletak di The Gardens Mall.

Malah, cawangan Starbucks Reserve juga terdapat di seluruh Malaysia antaranya di Sunway Pyramid, Genting Highlands, Publika, Desa Parkcity, Paradigm Mall Johor dan Berjaya Times Square. Jom terjah ke Starbucks Reserve ini!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Starbucks pada pautan di bawah.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Hampir Muflis Pada 2008, Ini Yang Dilakukan Starbucks Untuk Menyelamatkan Diri