Di saat dunia diserang wabak COVID-19, pastinya sesebuah negara yang mengalami peningkatan kes dan kematian yang tinggi memilih untuk menjalankan perintah lockdown dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Namun berbeza pula dengan Brazil dimana presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah memilih untuk memecat menteri kesihatannya pada Khamis lalu setelah berselisihan paham mengenai cara menangani pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jair Bolsonaro, Luiz Henrique Mandetta

Menurut Presiden Brazil, orang ramai harus keluar daripada rumah serta menjalankan aktiviti seperti biasa bagi mengelakkan daripada ekonomi Brazil terjejas sekaligus mendesak perintah lockdown dihentikan.

Tambahnya lagi, wabak COVID-19 hanyalah sebuah ‘selsema biasa’ serta turut mengkritik gabenor-gabenor dan pakar kesihatan yang menyokong dengan arahan lockdown dijalankan di negara tersebut.

Brazil Virus Outbreak

Setakat ini, Brazil sudah mencatat lebih 30,000 kes positif COVID dengan jumlah kematian hampir mencecah 2,000 orang. Jumlah yang direkodkan ini sekaligus menjadikan Brazil sebagai negara dengan kes tertinggi di Amerika Latin.

Melihat kepada bagaimana presiden Brazil mengendalikan negaranya, mungkin rantaian COVID-19 akan mengambil masa sedikit lama untuk diputuskan di negara tersebut.

Di India, pesakit COVID-19 telah diasingkan mengikut wad berbeza mengikut agama. Turut dikongsikan, WHO menjangkakan kes COVID-19 bakal terus di Afrika menceah 10 juta kes dalam tempoh 6 bulan.

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

WHO Jangka Kes COVID-19 Meningkat Di Afrika, Mampu Capai 10 Juta Dalam Tempoh 6 Bulan

Sumber