Presiden Republik Chechnya Ramzan Akhmadovich Kadyrov mewajibkan semua petugas polis dan tentera di negaranya untuk solat Subuh dan Isyak di masjid.

Beliau mahukan mereka yang berbakti kepada negara termasuk polis dan tentera turut mengambil peluang menunaikan solat secara jemaah.

presiden-chechnya-2

Ramzan Akhmadovich Kadyrov sememangnya dikenali sebagai presiden yang mempunyai ideologi Islam yang kuat serta menerapkan amalan sufi ke dalam kehidupan seharian beliau serta para penyokongnya.

Beliau yang ketika ini berusia 39 tahun dilahirkan di Tsentoroi, Chechen-Ingush ASSR, Chechnya pada 5 Oktober 1976.

Meskipun baru mencecah 10 tahun memimpin Chechnya, Ramzan telah banyak membawa perubahan yang menakjubkan.

Di bawah kepemimpinanya, Chechnya kini merupakan sebuah negara yang mempunyai tahap pembangunan yang sangat maju.

Negara yang sebelum ini hancur porak-poranda kerana perang kini menjadi sebuah negeri yang indah dan bersih.

Keluarga Ramzan merupakan keluarga yang sangat disegani oleh masyarakat Chechnya dan kerajaan Rusia.

Baca lagi: Kisah Di Sebalik Kalanishkov, Kilang Mencipta Senjata Membunuh Di Rusia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram