Pelbagai cara telah dilakukan oleh pemimpin dari beberapa buah negara yang mahu memujuk rakyatnya supaya mengambil suntikan vaksin COVID-19. Bermula dengan penawaran hadiah berupa kereta, malah ganja juga diberikan secara percuma kepada mereka yang telah divaksin.

Akan tetapi, berbeza pula dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang sepertinya tiada masa untuk berlembut untuk memujuk rakyatnya mengambil suntikan vaksin COVID-19. Tanpa bertolak ansur, beliau menegaskan bahawa rakyat Filipina yang enggan mengambil vaksin COVID-19 bakal berdepan dengan hukuman penjara, lapor Astro Awani.

“Pilihan di tangan anda, pilih vaksin atau saya akan penjarakan anda” katanya semasa berucap dalam satu wawancara yang bersiaran di saluran televisyen tempatan pada Isnin lalu.

FILE PHOTO: President Rodrigo Duterte speaks after his arrival in Davao
Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Kredit: The Straits Time

Difahamkan, amaran tersebut dihebahkan selepas beliau menerima rekod kehadiran penduduk yang rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila. Tambahan pula, Filipina juga direkodkan antara negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik ini dengan catatan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kematian.

Dalam pada itu, ucapan Rodrigo disangkal oleh pegawai kesihatan Filipina yang berkata, “Walaupun orang ramai digesa untuk mengambil vaksin COVID-19, namun kalau boleh biarlah mereka ambilnya secara sukarela.”

Dakwaan itu dibalas Rodrigo. Beliau menjelaskan bahawa amaran tersebut dikeluarkan disebabkan beliau terlalu berang terhadap penduduk Filipina yang ingkar dengan arahan kerajaan kerana enggan divaksin sekaligus ia menjadi krisis kepada negara tersebut.

Setakat 20 Jun, seramai 2.1 juta rakyat Filipina sudah divaksin dan negara tersebut berhasrat ingin mencapai sasaran 70 juta daripada jumlah keseluruhan 110 juta rakyatnya telah divaksin pada tahun ini.

Begitulah betapa tegasnya pemimpin Filipina terhadap rakyatnya yang anti-vaksin. Jika pemimpin Malaysia melaksanakan hukuman ini bagi mereka yang antivaksin, adakah anda bersetuju?

Amerika Syarikat promosi suntik vaksin COVID-19 dapat percuma ganja. Baca pada pautan di bawah.

Promosi Terbaharu Di AS, Suntik Vaksin COVID-19 Dapat Percuma Ganja

Datuk Bandar Moscow Tawarkan Hadiah Kereta Untuk Cepatkan Suntikan Vaksin

Simbol Tiga Jari ‘Hunger Games’ Jadi Tanda Rasmi Kumpulan Anti-Vaksin Di Amerika Syarikat

Sumber