Indonesia semakin terasa ‘bahang’ dengan acara perlumbaan MotoGP Mandalika yang bakal berlangsung kira-kira sepuluh hari lagi. Pelbagai inisiatif dibuat bagi memastikan acara perlumbaan bertaraf antarabangsa dari 18 hingga 20 Mac itu dapat berlangsung dengan penuh jayanya.

Terbaharu, Kompas.com menyatakan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan ujian PCR atau ujian antigen sebagai keperluan kepada penonton yang akan menuju ke litar Mandalika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, menyatakan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi). Bagaimanapun, setiap penonton yang hadir perlu menerima dos kedua sebagai dos penuh vaksinasi.

“Penonton MotoGP Mandalika yang sudah divaksin dua kali tidak perlu diuji, baik PCR mahupun antigen lagi. Presiden mengarahkan jika dos kedua sudah mencapai 70%, maka tidak perlu jalani ujian PCR atau ujian antigen,” kata Airlangga pada sidang media PPKM semalam.

Airlangga Hartarto dan Jokowi | Sumber Gambar: Infoindonesia.id

Tambah beliau lagi, Pihaknya menetapkan kapasiti penonton MotoGP Mandalika kepada 60,000 orang sahaja dan tiket sudah habis dijual terutama pada hari ketiga perlumbaan.

Pada minggu lalu, pihak kerajaan Indonesia dilaporkan bakal mewajibkan semua penjawat awam untuk membeli tiket perlumbaan itu bagi memastikan sasaran penjualan tercapai.

Difahamkan sambutan masyarakat terhadap perlumbaan itu amat tinggi, namun beberapa situasi menyebabkan penjualan tiket perlahan. Antaranya, kebimbangan orang ramai mengenai situasi COVID-19 kerana para pengunjung perlu mengeluarkan belanja lebih bagi melakukan ujian COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke dalam litar.

Sebelum ini berlaku satu isu di Litar Mandalika apabila ada YouTuber ‘mengusik’ motosikal milik salah seorang pelumba. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tular Insiden ‘Gatal Tangan’ Usik Motosikal, Ini Respon Ducati Kepada Netizen Indonesia

Setelah Petronas Dan SIC Tarik Diri, SRT Kini Dikenali Sebagai ‘RNF MotoGP Racing’

Sumber