Berpuluh ribu penduduk Korea Selatan telah berkumpul di Seoul pada Sabtu lepas bagi mendesak Presiden Park Geun-hye melepaskan jawatan beliau disebabkan skandal yang baru saja terbongkar dan melibatkan rakan baik Presiden Park, iaitu Choi Soon-Sil.

Choi telah ditahan atas tuduhan penipuan, pecah amanah dan campur tangan beliau dalam hal ehwal rasmi dalam urusan negara dan keputusan dasar, meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan rasmi dalam kerajaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Krisis ini menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden Park. Malahan rating penarafan kelulusan beliau telah menjunam kepada hanya 5 peratus, satu rekod yang rendah bagi kedudukan seorang presiden.

choi-soon-sil

Menurut pihak polis, seramai lebih daripada 40,000 orang telah berkumpul dalam rali menyalakan lilin oleh para penunjuk perasaan.  Jumlah ini adalah 2 kali ganda lebih ramai  daripada jumlah penunjuk perasaan yang berkumpul pada seminggu sebelum ini.

Namun begitu menurut laporan pihak penganjur pula, seramai 200,000 orang telah hadir dan menyertai tunjuk perasaan tersebut selepas mahkamah di Seoul membatalkan arahan polis yang melarang perarakan tunjuk perasaan di pusat bandar tersebut.

Tunjuk perasaan kali ini merupakan yang terbesar di negara ini selepas perhimpunan bantahan import daging lembu dari USA yang dilakukan oleh rakyat negara ini pada tahun 2008.

presiden-park-geun-hye-2

Meski pun presiden Park telah cuba memohon simpati daripada rakyat negara ini dalam satu siaran televisyen, namun nampaknya beliau tidak dapat memujuk dan meredakan amarah para penunjuk perasaan.

“Ucapan presiden buat saya rasa lebih marah dengan beliau yang asik memberikan alasan yang tak munasabah. Saya mahu dia letak jawatan”, ujar said Park Mee-Hee, 44, yang telah menyertai tunjuk perasaan tersebut bersama anak gadisnya.

Sekitar 20,000 anggota polis telah ditempatkan di kawasan perhimpunan yang berjalan secara aman. Sepanduk dengan berbagai kata-kata mendesak agar presiden berundur telah dibawa oleh para penunjuk perasaan.

Kebanyakan yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti, serta pasangan yang membawa bayi dan anak-anak kecil mereka.

Sambil mengenggam tangan ke atas, para penunjuk perasaan menjerit “Letak jawatan Park Geun-Hye” dan “Kurung presiden”.

presiden-park-geun-hye-3

presiden-park-geun-hye-4

Choi Soon-Sil, 60, ditahan secara rasmi pada Khamis lepas atas tuduhan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Namun kemarahan rakyat lebih tertumpu kepada campurtangan beliau di dalam pentadbiran kerajaan.

Mendiang bapa Choi merupakan mentor dan ketua agama bayangan bagi Presiden Park. Namun bagi media Korea Selatan, Choi tak ubah seperti Rasputin yang memberikan nasihat dan pengaruh tidak sihat kepada presiden dalam membuat keputusan.

Antara yang dipertikaikan oleh kebanyakan penunjuk perasaan adalah siapakah presiden sebenar negara mereka serta kemarahan mereka dengan campurtangan melampau Choi di dalam pentadbiran kerajaan.

Presiden Park juga telah memecat ramai penasihat peribadi beliau disebabkan krisi ini. Malahan salah seorang penasihat beliau iaitu Jeong Ho-seong telah ditahan pada khamis lepas atas tuduhan membocorkan maklumat sulit kerajaan.

Untuk rekod, sehingga kini tiada presiden Korea Selatan yang gagal menghabiskan tempoh perkhidmatan mereka selama 5 tahun. Bantahan terhadap Presiden Park juga telah merebak ke daerah lain di Korea Selatan, termasuk di Busan yang mempunyai ramai pengikut Presiden Park.

Meskipun menerima desakan daripada berbagai pihak termasuk daripada parti pembangkang agar Presiden Park meletak jawatan, sehingga kini tiada tanda-tanda beliau akan memenuhi desakan tersebut.