Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dilaporkan terbang keluar dari negaranya pada hari ini dengan pesawat tentera.

Gotabaya Rajapaksa berikrar pada hujung minggu untuk berundur hari ini dan membuka jalan kepada “peralihan kuasa secara aman”.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Dia mengisytiharkan dia bersedia untuk berundur selepas melarikan diri dari istana presiden di Colombo sejurus sebelum puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu istana terbabit.

Sebagai presiden, Rajapaksa telah menikmati pelbagai kekebalan. Dia dipercayai mahu ke luar negara sebelum meletak jawatan bagi mengelak kemungkinan ditahan.

Menurut AFP, Rajapaksa melarikan diri bersama isteri dan pengawal peribadinya dengan menaiki pesawat tentera Antonov-32.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang antarabangsa utama menuju ke Maldives, kata sumber imigresen.

“Pasport mereka dicop dan mereka menaiki pesawat tentera udara khas,” kata seorang pegawai imigresen yang terlibat dalam proses itu kepada AFP.

Sebelum ini, pemimpin berusia 73 tahun yang pernah dikenali sebagai “The Terminator” itu mengalami kesukaran untuk keluar dari negaranya selama lebih 24 jam.

Dia berselisih dengan pegawai imigresen di lapangan terbang di mana Rajapaksa dilaporkan mahu terbang ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Menurut sumber, pegawai imigresen enggan ke bilik VIP untuk mengecop pasport Rajapaksa.

Sementara itu, Rajapaksa menegaskan beliau tidak akan melalui kemudahan awam kerana bimbang reaksi marah daripada pengguna lapangan terbang lain.

Presiden dan isterinya akhirnya tinggal di pangkalan tentera berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka selepas terlepas empat penerbangan yang mungkin membawa mereka ke Emiriah Arab Bersatu.

Selepas gagal di lapangan terbang, Rajapaksa dilaporkan turut cuba melarikan diri melalui laut.

Sri Lanka muflis, penunjuk perasaan terkejut jumpa banyak wang di Istana Presiden. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Sri Lanka Muflis, Penunjuk Perasaan Terkejut Jumpa Banyak Wang Di Istana Presiden

Krisis Ekonomi Di Sri Lanka: Diesel Habis, Elektrik Kena Catu Dan Darurat Dikuatkuasakan

60% CEO Jangka Akan Berlaku Krisis Ekonomi Tahun Hadapan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu