Presiden Tanzania, John Magufuli, mempersoalkan jumlah kes Covid-19 di negaranya, dan meminta para penyelidikan untuk menyiasat jika wujud unsur sabotaj dari pihak luar.

Negara Afrika timur itu melaporkan 480 kes dan 16 kematian akibat COVID-19. Malah dia telah dikritik oleh pihak pembangkang kerana dilihat menyembunyikan jumlah sebenar dan tidak memandang serius wabak ini.

Walaubagaimanapun, Magufuli menjawab dengan menyatakan bahawa mereka yang dijangkiti tidak semestinya sakit dan dia juga menyatakan keraguannya dengan sumber makmal, lapor Straits Times.

“Peralatan atau kakitangan mungkin terganggu dan kadang-kadang, sabotaj boleh berlaku,” kata Presiden Tanzania tersebut.

Magufuli turut menyatakan bahawa dia secara diam-diam telah memeriksa sejumlah jenis binatang, buah-buahan dan minyak kenderaan. Hasil dari pemeriksaannya, terdapat tanda wabak COVID-19 telah menular kepada buah betik, kambing, di mana Magufuli menyebutnya sebagai satu “permainan kotor”.

“Maksudnya, ada kemungkinan kesalahan atau reagen [bahan kimia] yang diimport memiliki masalah. Mungkin juga, pegawai teknikal cuai,” tuduhnya seperti yang dilaporkan Monitor.

Magufuli kemudian memerintahkan Menteri Perlembagaan dan Undang-Undang, Mwigulu Nchemba, yang baru saja dilantik olehnya untuk melakukan siasatan.

“Pergi dan siasat jika ada kemungkinan kejahatan di makmal nasional, dan bertindak segera,” kata Magufuli.

Nchemba sebelum ini menggantikan Augustine Mahiga, salah satu daripada tiga anggota parlimen yang meninggal dunia. Tidak ada penjelasan mengenai punca kematian. Namun, salah satu dari mereka dilaporkan meninggal akibat dijangkiti wabak COVID-19 pada April lalu.

Tanzania adalah antara negara yang tidak mengambil berat mengenai isu wabak ini, dengan Magufuli adalah antara pemimpin dunia yang memandang rendah dengan kesan yang dibawa oleh wabak ini.

Sekolah, universiti, pasar, pengangkutan bas, dan kedai masih dibuka. Magufuli turut meminta orang ramai untuk terus bekerja walaupun keadaan di luar agak meragukan.

Dia juga pernah mengkritik pemimpin Muslim yang menutup masjid di Dar Es Salaam sebagai langkah pencegahan terhadap wabak tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19, klik pautan di bawah.

Di Tengah Situasi COVID-19, Pihak Berkuasa Malaysia Tahan Ratusan Pelarian Dan Pekerja Migran

Padah Berhenti Darurat Terlalu Awal, Hokkaido Diserang Gelombang Kedua COVID-19

Puluhan Mayat Mangsa COVID-19 Di New York Ditemukan Terbiar Di Dalam Lori