Isteri presiden Turki, Emine Erdogan, mendapat perhatian selepas gambarnya memperagakan beg jenama Hermes tular setelah suaminya, Recep Tayyip Erdogan, meminta orang ramai memboikot jenama Perancis.

Beberapa hari lalu, Emine telah dikritik oleh beberapa orang di Turki kerana memperagakan beg jenama Hermes.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Salah satu kritikan itu datang dari pemimpin Parti Republik Turki Kemal Kılıcdaroglu yang meminta Presiden Erdogan atau isteri presiden, Emine Erdogan untuk membakar beg jenama Hermes miliknya.

“Emine sendiri mempunyai beg (Hermes). Dia harus membakarnya di taman istana presiden dan berkata ‘Saya protes’,” katanya seperti dipetik dari media Turki, duvarenglish.

Jawapan Balas Media Pro-Pemerintah

Bagi beberapa media pro-kerajaan, mereka mendakwa bahawa beg Hermes kepunyaan Emine tidak asli atau palsu.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Hande Firat, salah seorang kolumnis dari media Hurriyet pada 30 Oktober 2020, Hande menyatakan bahawa beg yang dipakai oleh Emine adalah jenama Hermes versi klon.

Dalam tulisannya, Hande mendedahkan bahawa ketika dalam perjalanan, Emine lebih suka memilih untuk memakai beg dari jenama tidak terkenal, Emine juga didakwa lebih suka memakai beg jenama tempatan.

“Dia tidak membeli beg dengan harga tinggi. Dia membeli yang tiruan atau palsu, bukan barang asli,” tulis Firat dalam kolumnya.

Hande juga menulis bahawa sumbernya mengatakan bahawa saat ini Emine sangat prihatin terhadap masalah alam sekitr. Emine yang juga peneraju dalam projek zero-waste seboleh-bolehnya mahu menggunakan produk mesra alam, termasuk dalam hal beg.

Pandangan Netizen

Tulisan Hande di media pro-Turki telah diperbincangkan oleh para netizen. Seorang netizen yang dikenali sebagai peguam kemanusiaan Turki bernama Kerem Altiparmak mempersoalkan dakwaan Hande.

Dia menulis, beg Hermes milik Emine ini pernah menjadi perhatian pada tahun 2019. Bahkan seorang wartawan Turki pernah mengkritik gaya Emine yang suka memperagakan barangan berjenama ketika Turki dilanda krisis ekonomi.

“Pada waktu itu tidak ada yang menyatakan bahawa beg itu palsu. Ketika boikot produk Perancis bermula, Hande Firat mula mendakwa bahawa beg itu palsu,” tulis Kerem.

Malah, selain Hermes, Emine juga beberapa kali dilihat memakai produk jenama Perancis yang lain seperti Chanel. Emine dilihat membawa beg Chanel ketika menemani suaminya dalam lawatan ke Hungary dan China.

Terdahulu, polis Turki membuka kertas siasatan selepas masjid memasang lagu Bella Cioa dan bukannya azan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Polis Turki Buka Kertas Siasatan Selepas Masjid Pasang Lagu ‘Bella Cioa’ Dan Bukannya Azan

Hero Piala Dunia Turki, Hakan Sukur Jadi Pemandu Uber Gara-Gara Salah Pilih Lawan Politik

Bagaimana Anda Boleh Nikmati ‘Istanbul Tour’ Secara Percuma Dengan Turkish Airlines

Anda Mungkin Suka