Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdymuhamedov telah mengarahkan pakar untuk mencari jalan bagi memadam kawah gas berapi yang kelihatan seperti neraka di padang pasir Karakum yang terbakar sejak 50 tahun yang lalu. Lubang besar yang terletak berhampiran perkampungan Darvaza, kira-kira 270 km dari ibu kota Turkmen, Ashgabat, secara rasmi dipanggil ‘The Radiance of Karakum’, tetapi penduduk tempatan merujuknya sebagai ‘The Door to Hell’.

Lubang selebar 60 meter itu adalah buatan manusia, terbentuk akibat keruntuhan tanah semasa aktiviti penerokaan gas pada tahun 1971. Difahamkan bahawa lubang itu sengaja dibakar kerana bimbang gas beracun boleh mengancam manusia dan hidupan liar di kawasan itu. Namun apa yang tidak dijangka adalah kawah itu masih terus memuntahkan api sehingga ke hari ini sehingga ia mencetuskan fenomena yang menakutkan bagi pakar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesukaran untuk merungkai misteri kemunculan kawah berapi itu pula ditambah dengan sejarah Turkmenistan yang pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet yang diketahui umum suka menyimpan rahsia. Bagaimanapun, kawah ini telah menjadi salah satu mercu tanda negara Asia Tengah itu dan menjadi tarikan pelancong antarabangsa. Namun, pelancongan bukanlah sektor utama di negara ini dan tidak begitu berkembang pesat. Menurut rekod, negara itu hanya dikunjungi 10,000 tetamu asing setiap tahun. Dan ini mungkin menjadi alasan utama kenapa Presiden Turkmenistan mahu kawah itu dipadam.

Selain itu, dalam satu pertemuan dalam talian, beliau menyatakan bahawa kawah tersebut telah menyebabkan negara itu kehilangan sumber semula jadi yang berharga, yang boleh dijual di luar negara dan wang itu digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Turkmen. Selain itu, gas yang terbakar itu juga berbahaya kepada kumpulan masyarakat dan alam sekitar.

Berdymuhamedov telah memberitahu timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab dalam industri minyak dan gas untuk mengadakan perbincangan dengan saintis, termasuk pakar asing, bagi mencari jalan untuk mengawal api di kawah tersebut. Namun tidak pasti adakah ia termasuk dengan rancangan mahu menutup kawah tersebut kerana presiden sebelum ini pernah merancang untuk melakukan hal yang sama, tetapi ideanya tidak menjadi kenyataan.

Pengalaman aku melihat sendiri ‘gateway to hell’, api yang tak pernah padam. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pengalaman Aku Melihat Sendiri ‘Gateway To Hell’, Api Yang Tak Pernah Padam

Kenangan Masa Kecil Bawa Lelaki Ini ‘Travel By Land’ 6 Bulan Dari Malaysia Ke Eropah

Pengarah Filem Ternama Puji Roh, Dakwa Ia Salah Satu Karya ‘Amazing’ Baginya

Sumber