Wajah Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan isterinya Olena Zelenska bakal menghiasi muka depan majalah Vogue, di mana pasangan itu berkongsi hampir dua dekad perkahwinan mereka dan kehidupan mereka yang terpisah oleh anak-anak kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah meragut beribu nyawa.

Kedua-dua mereka ditemuramah oleh Vogue di Kyiv, dalam satu temu bual secara tertutup. Vogue juga telah menyiarkan imej Zelenska sebagai bintang muka depan digital terbarunya, memanggilnya sebagai “potret keberanian”, di mana Wanita Pertama Ukraine itu duduk di dalam pejabat presiden dan berpakaian kasual dengan seluar hitam dan berbaju putih. Dia juga telah bergambar bersama tentera dan beberapa bangkai pesawat dalam imej lain yang dikeluarkan oleh Vogue.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ketika perang di Ukraine memasuki fasa baharu yang kritikal, Wanita Pertama negara itu, Olena Zelenska, telah menjadi pemain utama – seorang diplomat barisan hadapan dan wajah yang menggambarkan emosi negaranya,” kata Vogue dalam Instagramnya.

Bercakap kepada majalah itu, Cik Zelenska berkata dia bertemu suaminya di sekolah menengah di kampung halaman mereka Kryvyi Rih di tenggara Ukraine. Mereka mula berkenalan semasa di universiti dan membentuk kumpulan satira.

Bagaimanapun, sejak dimuat naik, wajah pemimpin nombor satu Ukraine itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna maya. Ada yang suka, manakala sebahagian lagi mengkritik mereka kerana bergambar sewaktu negara di landa perang.

“Dalam satu perjalanan, anda sama ada menembak lawan atau ditembak…oleh Vogue,” komen seorang pengguna Twitter. “Keutamaan. Saya pasti lelaki menghargai usaha Zelensky untuk menghentikan perang. Majalah Vogue pasti akan membantu, Slava Ukraini,” kata pengguna Twitter dalam ciapannya.

‘Yahudi tidak boleh berdiam diri’ – Presiden Ukraine ajak orang Yahudi bangun lawan Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?