Kecoh baru-baru ini apabila Apple mengesahkan Apple iPhone 7 dan sebelumnya sengaja diperlahankan prestasinya untuk menjamin ketahanan bateri. Langkah yang dibuat ini ternyata tidak membuatkan pengguna gembira apatah lagi pengguna yang baru beberapa bulan mendapatkan iPhone mereka.

Keadaan menjadi lebih panas setelah Samsung selaku pencabar terdekat Apple pada hari ini mengesahkan smartphone keluaran mereka tidak akan menjadi perlahan berikutan bateri sepertimana Apple.

iphone-7-plus-teardown-17-1280×853-1200×785

Selain Samsung, jenama-jenama besar yang lain seperti HTC, LG dan Motorola turut mengesahkan smartphone keluaran mereka sememangnya tidak direka untuk beraksi dengan perlahan hanya disebabkan bateri. Perkara ini sekaligus membuatkan orang ramai lebih skeptik dengan usaha Apple.

Buat anda yang menggunakan iPhone 6,6s dan 7 yang mahu menukar bateri untuk mengembalikan kepada prestasi asal, Apple turut menawarkan diskaun sehingga 64% sebagai tanda maaf kerana memperlahankan iPhone anda.

Sumber