Semalam tular di media sosial apabila pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim mendedahkan hubungan cinta pemainnya, Safawi Rasid menjadi punca kepada penurunan prestasi pemain itu kebelakangan ini.

Menurut pendedahan tersebut, Safawi dikatakan tidak berjaya mempamerkan aksi cemerlang seperti kebiasaan kerana tertekan dengan kisah cintanya bersama pelakon, Syifa Melvin.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

View this post on Instagram

Training 2020❤️💙 @officialjohor

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Bagaimanapun perkara tersebut terus dinafikan Syifa melalui satu kiriman di media sosial yang kemudiannya dipadamkan.

“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata pelakon itu laman story Instagramnya.

syifa

Syifa Melvin

Tidak mahu perkara tersebut terus berlanjutan, Safawi kemudiannya membuat kiriman di Instagram untuk memohon maaf terhadap prestasinya ketika ini.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan bukanlah penafian dari Syifa dan permohonan maaf daripada Safawi- tetapi komen-komen netizen yang ditinggalkan dalam kiriman di Instagram milik Safawi itu.

Menariknya, ramai pula peminat yang memberi kata-kata semangat buat Safawi dan pada masa sama meminta agar dia jauh menjauhi ‘Cinggey’.

Bagi anda yang tidak mengetahui apakah itu cinggey, ia adalah bahasa pasar yang merujuk kepada teman wanita dan digunakan dalam filem Rock Oo arahan Mamat Khalid sebelum ini.

Rockoo

Ia digunakan oleh watak Jijoe lakonan Khir Rahman yang berpesan kepada Slash lakonan Pekin Ibrahim tentang tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara.

“Ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara, satu rasuah, kedua tidak menepati masa dan ketiga cinggey”. kata Jijoe kepada Slash.

Menyamakan situasi yang dihadapi Safawi ketika ini seperti apa yang dilalui Slash dalam meneruskan karier masing-masing, netizen berpusu-pusu meminta agar pemain kebangsaan itu menjauhi cinggey dan kembali fokus kepada bola sepak.

photo_2020-03-05_09-39-00 photo_2020-03-05_09-38-56 photo_2020-03-05_09-38-51 photo_2020-03-05_09-38-49 photo_2020-03-05_09-38-45

Bagaimanapun, ada juga kalangan netizen yang memberikan kata-kata semangat buat Safawi agar dia kembali berada di prestasi terbaiknya seperti sebelum-sebelum ini.

Untuk rekod, Safawi Rasid adalah merupakan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 dan merupakan salah seorang pemain regular untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

photo_2020-03-05_10-00-49 photo_2020-03-05_10-00-44 photo_2020-03-05_10-00-39 photo_2020-03-05_09-39-00

Malah dia juga turut menerima kata-kata semangat daripada rakan sepasukannya Liridon Krasniqi dan Dominic Tan serta personaliti Raf Yaakob di kiriman permohonan maaf atas prestasi tidak menentunya ketika ini.

photo_2020-03-05_10-02-18

Apa-apa sekalipun, kami berharap agar Safawi dapat kembali ke prestasi terbaik beliau dan kembali menjadi ayam tambatan JDT serta pasukan kebangsaan Malaysia. Dan tidak lupa juga, sentiasa ingat pesan Jijoe kepada Slash sebelum ini.

Tahukah anda, Liridon Krasniqi yang kini beraksi bersama JDT kini sudah pun mendapat kewarganegaraan Malaysia dan bakal beraksi bersama pasukan kebangsaan kita. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kejayaan Liridon Peroleh Status Kewarnegaraan Cetus Perdebatan Dalam Kalangan Netizen

Orang Ramai Kritik Iklan Jersi Pasukan Bolasepak Dari Malaysia Kerana Tidak Menghormati Wanita

Anda Mungkin Suka