Dua YouTuber tempatan, Prince Meed dan Che Nom kini menjadi penghasil kandungan terbaru mencatatkan sejuta pengikut (subscribers) di YouTube.

Perkara itu dikongsikan akaun Twitter Google Malaysia melalui ucapan tahniah kepada kedua-duanya beberapa hari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Tahniah kepada dua YouTube creator kami yang berjaya mencatatkan sejuta pengikut- @PrinceMeedONLY dan juga @realCheNom.

“Walaupun ianya kelihatan senang, namun kami tahu ianya memerlukan doa, idea dan banyak kerja keras. Ayuh kita ke satu juta yang seterusnya,” ciap akaun berkenaan.

AnyConv.com__Etc3mB_VIAAtg3l
Ucap tahniah daripada Google Malaysia kepada kedua-dua Youtuber berkenaan.

Untuk rekod, PrinceMeed pada Disember lalu ketika menyiarkan video mengenai gangguan Dybuk Box mempunyai sekitar 885,000 pengikut.

Manakala Che Nom ketika awal tahun ini pula mempunyai 992,000 pengikut di platform perkongsian video tersebut.

Kini memasuki Februari, kedua-duanya sudah pun berjaya mencatatkan sejuta subscribers untuk saluran masing-masing.

Pencapaian itu sekaligus menjadikan mereka nama saluran terbaru menyertai kelab 1 juta bersama akaun lain seperti Buletin TV3, Maxman TV dan juga Isaac Osman yang terdahulu mencatatkan sejuta subscribers pada Januari lalu.

Baca kembali perkongsian kami mengenai senarai Youtuber paling popular di Malaysia pada tahun lalu melalui pautan di bawah.  

Isa Isarb Muncul Sebagai YouTuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Youtuber Malaysia, Adam Shamil Terima Tawaran Jadi Tenaga Pengajar Di Nas Academy

Sumber