Peminat mi segera pastinya pernah mencuba kombinasi pelbagai pelbagai perisa dan bahan untuk menghasilkan rasa baharu yang sesuai dengan selera. Berita baik untuk anda, sempena ulang tahun yang ke-30 kolaborasi antara Pringles dan AceCook Supercup Jepun, peminat mi segera di Jepun akhirnya berpeluang untuk merasai keunikan mi segera berperisa baharu.

Ya, benar. Perisa baharu yang diinspirasikan daripada perisa ikonik snek kentang Pringles, ‘Sour Cream & Onion’ dan ‘Jalapeno & Onion’ kini boleh dinikmati dalam versi mi segera. Perisa baharu ini hanya boleh didapati di pasaran Jepun bermula 15 Oktober ini.

pringles-japan-super-cup-cup-noodles-japanese-instant-ramen-91

Dikhabarkan bahawa rasa masam perisa ‘Sour Cream & Onion’ ini sama persis dengan rasa snek kentang yang sering kita makan.

Berlainan pula dengan perisa ‘Jalapeno & Onion’ yang lebih menepati cita rasa pengguna yang gemar akan hidangan yang pedas.

Bukan itu sahaja, kedua-dua syarikat tersebut juga bakal mengeluarkan beberapa perisa baharu lagi seperti perisa ‘Squid Yakisoba’ dan ‘Soy Chicken Ramen’ pada 23 Oktober. Jika anda berkesempatan untuk ke Jepun dalam masa terdekat, mungkin anda berpeluang untuk merasai sendiri mi segera tersebut.