Jika anda fikirkan aksi Michael Scofield sudahpun tamat melalui filem terakhir Prison Break, anda mungkin silap. Siri yang berjaya mengumpul jutaan peminat meskipun sudah lama ditamatkan ini nampaknya bakal disambung dan tidak sah jika hero merangkap mastermind siri TV ini tidak ada.

Melihat kepada ‘missing plot‘ melalui episod terakhir Prison Break, Paul T Scheuring selaku producer siri ini berpendapat siri ini masih mempunyai peluang untuk hadir dengan musim terbaru.

Mengekalkan tema yang sama seperti musim-musim sebelum ini, Prison Break musim kelima bakal bermula dimana Michael Scofield sebenarnya ‘masih hidup’ dan dipenjarakan di Yamen.

Kehadiran watak antagonis yang dibenci dan turut disukai ramai Theodore “T-Bag” Bagwell mengesahkan berita ini kepada Lincoln Burrows membuatkan Lincoln berusaha untuk menyelamatkan adiknya.

Satu perkara menarik mengenai musim terbaru ini adalah originaliti yang dikekalkan. Baik dari segi screenwriter mahupun pelakonnya. Maka, anda boleh bayangkan unsur-unsur saspen dan idea genius Michael Scofield sekali lagi dapat kita tonton melalui musim terbaru ini.

Musim terbaru ini bakal menyertakan 9 episod dan bakal mula ditayangkan bermula esok di siaran TV U.S. Buat peminat Prison Break, kehadiran siri ini pastinya membuat anda teruja. Buat anda yang ingin ‘repeat‘ siri TV ini, anda boleh tonton di iflix dengan penyediaan 4 musim penuh.

Kami harap kehadiran musim kelima Prison Break ini yang dibuat atas keinginan penonton ini bukan sekadar drama bagi ‘penonton lama’ melepaskan rindu, namun tetap menyajikan aksi yang dramatik serta unsur saspen yang sudah menjadi trademark buat siri TV ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤