Bermula dengan sekadar media sosial, Facebook kini nampaknya telah menjadi medium yang penting untuk hampir majoriti pengguna. Tidak kira atas apa tujuan, Facebook telah berjaya menjadi pioneer di dalam platform media sosial sekaligus mengumpulkan lebih 2 billion pengguna sepanjang pelancaran.

Dalam pada itu, pernahkah anda terfikir apakah yang akan terjadi pada pemilik akaun Facebook yang telahpun tiada atau meninggal dunia? Fungsi yang sebelum ini tidak dioptimasikan sepenuhnya kini telah diberi penambahbaikan bagi memberi privasi yang lebih baik buat para pengguna.

what-happens-on-facebook-when-you-die

Melalui fungsi legacy contact, para pengguna berpeluang untuk memilih waris yang bakal mengawal Facebook mereka sekiranya pengguna sudahpun meninggal dunia. Akses yang ditawarkan buat para waris adalah mengarang status untuk pemberitahuan kematian, menukar profile dan cover photo serta memohon untuk dihapuskan akaun. Akses untuk membaca mesej si mati adalah yang tidak dibernarkan sama sekali.

Dalam pada itu, haruslah diketahui pewaris tidak dibenarkan atau mempunyai akses untuk membuang gambar yang telah dimuatnaik. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pengguna meninggalkan ID dan password mereka kepada sesiapa yang dipercayai sekiranya perlu.

facebook pemilik yang telah tiada
Paparan Remembering antara yang hadir pada pemilik yang telah tiada

Sekiranya anda berminat dengan fungsi legacy contact ini, anda boleh klik di sini untuk mengikuti langkah-langkah yang diberikan Facebook. Memperlihatkan jumlah pengguna Facebook yang kini telah mencecah 2 billion, laman sosial ini nampaknya mula serius dalam mengawal privasi bukan sahaja buat masih hidup malah yang sudah tiada.

Sumber