Setiap individu pasti mahukan yang terbaik buat pasangannya hingga ke akhir akhir. Sudah menjadi lumrah pasangan yang berkahwin untuk berkorban apa sahaja demi membahagiakan pasangannya.

Walau bagaimanapun, di sebalik kisah cinta yang dilalui, terkadang ujian yang menimpa bakal membuatkan sesebuah pasangan perlu berusaha lebih untuk meneruskan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2020-02-15 at 3.41.49 PM
Sumber: Facebook Aylrhmn Gaming

Situasi yang sama turut dilalui oleh Ayul Rahman yang merupakan seorang jurugambar dan berjaya meraih populariti selepas membangunkan Aylrhmn Gaming dimana beliau memilih untuk menjadi streamer bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

Difahamkan pemilihan beliau untuk menjadi streamer secara aktif ini bermula apabila isteri beliau telah didiagnosis doktor dengan sebuah penyakit yang jarang berlaku iaitu darah tinggi melibatkan paru-paru dan tidak boleh diubati.

57d3
Sumber: Facebook Ayul Rahman

Penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau, Quya mmbuatkan beliau kerap letih dan tidak mampu bernafas dengan baik. Dikatakan Quya yang telah melangsungkan perkahwinan selama lima tahun ini mulai merasa tidak selesa pada badannya sebelum membuat pemeriksaan di IJN pada tahun lalu.

Memandangkan penyakit ini sangat jarang berlaku dan dihadapi oleh rakyat Malaysia, penyakit ini tidak tersenarai dalam senarai ubat subsidi oleh pihak kerajaan.

7760
Sumber: Facebook Ayul Rahman

Di dalam sebuah status yang dimuat naik Ayul pada September lalu, beliau turut berkongsi ubat yang diambil serta kos yang ditanggung beliau setiap bulan dimana ubat-ubatan ini perlu diambil setiap hari berjumlah RM300 sehari dan RM9,000 sebulan. Pihak doktor juga turut menasihatkan isterinya untuk terus mengambil ubat yang disarankan seumur hidupnya.

Setakat ini, Aylrhmn Gaming sudah berjaya mengumpul 19 ribu pengikut di Facebook. Anda boleh turut follow dan like page dengan klik di sini bagi menyokong perjuangan Ayul Rahman dalam membantu isteri beliau.

Beliau juga turut berkongsi mengenai penyakit yang dihidapi oleh isteri beliau di laman Facebook beliau dalam usaha untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kepada orang ramai.

eee5
Sumber: Facebook Ayul Rahman

Diharap perkongsian dan perjuangan Ayul Rahman ini berjaya memudahkan beliau dalam memperoleh rezeki yang lebih dalam usaha mengubati isteri tercinta.

Kami kongsikan dua lagi individu yang berkongsi kisah pengorbanan mereka demi yang tercinta.

Lelaki Ini Kongsikan Pengorbanan Yang Terpaksa Dilalui Isterinya Sepanjang 8 Tahun Dapatkan PhD

Tinggalkan Dunia Seni Demi Keluarga, Anak Kongsi Pengorbanan Sham Visa