Kehangatan Avengers: Endgame pastinya dapat dirasai di seluruh dunia apabila terdapat permintaan yang tinggi untuk pembelian tiket filem tersebut. Berikutan itu, sedikit sebanyak ia menimbulkan kesan kepada filem lain yang ditayangkan sama waktu dengan filem Avengers: Endgame.

Justeru itu, Wong Kar-wai yang merupakan penerbit filem ‘Jinpa’ percaya bahawa masih ada lagi peminat filem yang tahu menghargai karya beliau dan memiliki cita rasa tersendiri. Menurut beliau juga, adiwira tanpa agama atau kepercayaan hanyalah sebuah robot di mana kata-kata beliau merujuk kepada Avengers.

Untuk pengetahuan anda, filem Jinpa telah memenangi anugerah skrip terbaik di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-75 tahun lepas dan filem tersebut akan ditayangkan pada 26 April 2019 sama tarikh dengan tayangan filem Avengers: Endgame.

Akan tetapi, pada penjualan tiket awal, filem Jinpa hanya berjaya mengutip $101,000 (~RM413,000) manakala filem Avengers: Endgame mengatasinya dengan mengutip sebanyak $100 juta (~RM408 juta).

Baca lagi‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios

Apa yang menarik tentang filem ‘Jinpa’ ini sehingga Wong Kar-wai percaya ianya boleh bersaing dengan Endgame? Jinpa mengisahkan tentang seorang pemandu trak yang secara tidak sengaja melanggar seekor kambing biri-biri dengan traknya. Ya, ceritanya bermula daripada kejadiaan ini.

Jinpa kemudiannya bertemu seorang hitchhiker yang rupanya dalam perjalanan untuk menuntut dendam kematian bapanya. Filem ini berdasarkan trailernya agak deep dan mungkin sukar untuk diterima oleh semua. Apa pun, sekiranya diberi pilihan, semestinya anda akan pilih Endgame berbanding filem lain yang ada di pasaran ketika ini. Setuju?

Sumber