Sekiranya anda menantikan masa yang sesuai untuk mendapatkan barangan Apple, inilah masanya. Machines selaku pengedar rasmi Apple Malaysia sekali lagi bakal melakukan jualan gudang bagi sebilangan besar produk keluaran Apple.

Jualan gudang daripada Machines ini bakal di Jaya One, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang bermula 29 sehingga 30 Jun 2018. Khas buat ahli Machines+, anda berpeluang mendapatkan pilihan barangan lebih sehari awal iaitu pada 28 Jun ini.

35901354_10155924143738138_7426660515402743808_n

Antara barangan yang menjadi perhatian ramai sudah pastinya Apple iPod yang ditawarkan pada harga serendah RM278 serta Apple iPhone 7 128 GB yang ditawarkan pada harga RM1,533.

Selain itu, Apple iPhone X turut menerima potongan harga yang banyak. Berikut merupakan seleksi barangan yang ditawarkan Machines Jaya One.

WareHouseSale2018_landing_page

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan, kami cadangkan untuk anda hadir dan beratur dengan lebih awal bagi mengelakkan barangan yang dihajati disambar orang.