Sekiranya anda menantikan masa yang sesuai untuk mendapatkan barangan Apple, inilah masanya. Machines selaku pengedar rasmi Apple Malaysia sekali lagi bakal melakukan jualan gudang bagi sebilangan besar produk keluaran Apple.

Jualan gudang daripada Machines ini bakal dilangsungkan di Jaya One, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang bermula 28 sehingga 30 Jun 2019. Khas buat ahli Machines+, anda berpeluang mendapatkan pilihan barangan lebih sehari awal iaitu pada 27 Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-06-24 at 8.46.07 PM
Sumber: Machines
Screen Shot 2019-06-24 at 9.09.20 PM
Sumber: Machines

Antara barangan yang menjadi perhatian ramai sudah pastinya Apple iPad Pro 10.5” WiFi 64GB yang ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM1,050 serta Apple iPhone 8 Plus 64GB yang dijual pada harga RM2,309 sahaja.

Selain itu, Apple iPhone, Macbook dan iMac serta beberapa aksesori lain ditawarkan dengan harga diskaun sementara stok masih ada.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan, kami cadangkan untuk anda hadir dan beratur dengan lebih awal bagi mengelakkan barangan yang dihajati disambar orang. Untuk maklumat lanjut mengenai senarai barangan Apple yang ditawarkan, anda boleh klik di sini.

Sumber