Sebut sahaja minyak dagu dan minyak pelaris pastinya anda tahu akan fungsinya, bukan? Sebagai seorang yang beragama Islam, anda mesti tahu ia satu perbuatan khurafat dan boleh mengakibatkan akidah terpesong.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang mengatakan produk seperti minyak dagu dan minyak pelaris mula dijual dalam talian. Berikutan itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman mengesahkan hal tersebut selepas menerima laporan daripada orang ramai.

https://twitter.com/creepyposta/status/1222066815892742144?s=12

Justeru itu, hal ini dipandang serius dan tindakan untuk membanteras dan memberi kesedaran kepada pengguna memerlukan campur tangan segera pelbagai pihak penguatkuasaan antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim).

Menerusi pemerhatian kami, ada segelintir peniaga yang menjual produk mistik tersebut sudah tiada dalam carian di platform tersebut apabila aktiviti penjualan mereka kini diketahui pihak berkuasa. Pastinya selepas ini pihak berkuasa perlu memantau etika perniagaan secara berkala untuk mengelakkan penjualan seperti ini.

Perkara ini cukup membimbangkan kerana anda bukan sahaja melakukan khurafat tetapi anda juga boleh tertipu. Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Sebelum ini, seorang bomoh didakwa terima wahyu dari Tuhan dan bertindak merogol pesakitnya sehingga hamil. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dakwa Terima Wahyu Daripada Tuhan, Bomoh Palsu Rogol Pesakit Sehingga Mengandung

Kepercayaan Karut Terhadap Amalan ‘Mandi Bunga’ Dalam Masyarakat Melayu

Mendekati ‘Akodessewa Market’ Di Afrika, Pasar Ilmu Hitam Yang Terbesar Di Dunia

Sumber