Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan senarai produk makanan yang telah dicampur dengan racun seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan dari KKM telah melakukan pemeriksaan terhadap barang makanan yang berada di pasaran bermula dari 2019 hingga Oktober 2020.

Daripada 849 produk yang telah dianalisis, mereka mendapati bahawa 21 produk makanan dari 16 jenama mengandungi racun seperti yang disebutkan di atas.

Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mana-mana individu yang menjual atau menyediakan makanan yang mempunyai bahan terlarang di dalamnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dari 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan tindakan undang-undang telah diambil terhadap empat syarikat pengeluar tersebut. Manakala 14 jenama lain pula didapati bersalah meletakkan maklumat palsu pada label.

Kementerian Kesihatan kini memberi amaran kepada penjual yang masih mempunyai stok dari jenama terbabit untuk tidak menjual atau menyebarkannya.

Sekiranya ada pengguna yang menggunakan produk tersebut, KKM menyarankan anda untuk mendapatkan bantuan perubatan dari profesional kesihatan. Kementerian juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membeli produk makanan yang mungkin dicampurkan dengan bahan terlarang.

Untuk melihat senarai barangan yang telah diharamkan oleh pihak KKM, anda boleh klik di sini.

Terdahulu, KKM telah mengeluarkan panduan untuk selebriti mengiklankan produk kesihatan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KKM Keluarkan Panduan Untuk Selebriti Iklankan Produk Kesihatan

13 Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah Anak Anda

Didakwa Susu Pisang Nilofa Dirampas, Neelofa Tampil Beri Penjelasan