Apple Certified Refurbished merupakan barisan peranti Apple seperti iPhone, MacBook, iPad, Apple Watch dan sebagainya yang telah dibaiki semula dengan gantian komponen asli oleh Apple. Barangan dengan status refurbished selalunya dilabel seperti baharu kerana telah disemak sendiri oleh Apple.

Berita baik buat pengguna Malaysia, kini aplikasi Apple Store didapati telah menyenaraikan Mac menerusi kategori Certified Refurbished. Namun, masih belum disenaraikan apa-apa produk lagi apabila ditekan pada Shop.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple Store

Untuk makluman, peranti refurbished daripada Apple mempunyai jaminan setahun serta sesetengah model hadir dengan bateri baharu. Bukan itu sahaja, Apple juga akan menyertakan set lengkap termasuklah pengecas atau kabel menerusinya.

Terdapat kemungkinan penyenaraian produk Certified Refurbished ini tersedia lebih awal sebagai persediaan untuk ditawarkan pada masa kelak. Dengan kewujudan kategori Certified Refurbished, ia menguatkan lagi dakwaan bahawa pembukaan Apple Store rasmi yang pertama di Malaysia bakal terjadi tidak lama lagi.

Hal ini kerana  hanya negara yang mempunyai Apple Store sahaja yang akan menawarkan peranti dengan label Certified Refurbished. Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store dan jualan produk Apple refurbished secara rasmi di Malaysia.

Sumber