Ini berita baik buat anda yang suka mengumpul barangan keluaran Starbucks. Terbaru, Starbucks bakal menganjurkan jualan gudang dan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk barangan jenama Starbucks.

Jualan gudang tersebut akan dianjurkan pada 28 Jun sehingga 30 Jun 2019 ini bertempat di Event Hall 5, Tingkat 5, di The Starling Mall, Uptown Damansara. Malah, acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai tawaran istimewa yang bakal diberikan oleh Starbucks untuk merchandise seperti botol minuman, tumbler dan banyak lagi. Menariknya, anda boleh ubah suai cawan atau tumbler yang anda beli pada hari itu di booth khas yang disediakan pada waktu terhad iaitu dari jam 2 petang hingga 6 petang.

warehouse-sale-image

Selain itu, jika anda berbelanja sebanyak RM250 atau lebih dalam satu resit, anda berpeluang menebus hadiah percuma dari Starbucks. Malah, terdapat slot ‘happy hour’ iaitu pada jam 11am-12pm / 2pm-3pm / 5pm-6pm / 8pm-9pm yang membolehkan anda mendapat rebat sebanyak RM10 serta-merta apabila berbelanja sebanyak RM200 dalam satu resit.

Jika anda berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit, anda boleh mendapatkan baucar minuman Starbucks. Pastinya membeli-belah akan membuatkan anda dahaga, anda juga boleh membeli minuman kegemaran anda disana kerana terdapat kiosk akan disediakan. Rebutlah peluang ini sementara stok masih ada. Jangan lupa temujanji kita disana.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →