Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah produksi drama telah merosakkan khazanah dan warisan negara di Gua Matsoorat dan juga menconteng dinding gua tersebut.

Bukan itu sahaja, produksi drama turut meninggalkan sampah dalam gua itu. Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama itu yang menyebabkan kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di gua berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata terdapat bukti bahawa kru syarikat produksi berkenaan telah melakukan kerosakan.

Difahamkan, perbincangan masih dilakukan sama ada perlu mengenakan penalti kepada syarikat produksi tersebut ataupun mereka harus membayar kos untuk memulihara semula tempat yang telah dirosakkan dan pihaknya telah memanggil beberapa pakar untuk melihat dan menilai kerosakan terbabit.

Tambahnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar bandar raya Ipoh mulai 20 Februari hingga 30 April ini dan hasil semakan mendapati pihak syarikat produksi itu hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan.

Malah, pengarah Michael Ang menerusi Instagram turut menyatakan kekesalan dengan insiden itu dan sedang mengesan individu berkenaan. Apa pendapat anda akan kejadian ini?

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Tiada Permit Jalani Pengambaran, Lelaki Ini Bengang Produksi Drama Rosakkan Harta Warisan Terpelihara

Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam

Sumber