Kehadiran wabak COVID-19 sememangnya tidak dijemput. Penyebaran wabak ini secara tidak langsung turut memberi kesan buat para pelancong yang sudah lama merancang untuk melancong di Malaysia.

Situasi yang sama turut terjadi kepada Profesor Jason Hassenstab selaku profesor di Amerika Syarikat yang baru sahaja pulang dari Sabah bersama keluarganya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun sedikit kecewa tidak mampu melancong dalam tempoh yang lebih panjang, perkongsian beliau di Facebook berjaya menarik perhatian orang ramai dimana beliau memuji Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Menurut Profesor Jason Hassenstab, pengumuman COVID-19 dilihat sangat efektif selepas melihat berita mengenai arahan kerajaan masih lagi diterima buat warga Sabah yang tinggal di pedalaman. Selain itu, mesej yang diterima melalui telefon bimbit oleh pihak kerajaan untuk mengamalkan social distancing dan stay at home antara yang membuatkan beliau teruja.

Tidak hanya dari segi saranan dan pengumuman, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut memaparkan info berkaitan buat para kakitangan lapangan terbang dan orang ramai dalam menangani wabak COVID-19 daripada tersebar dengan menggunakan face mask dan penyediaan hand sanitizer.

Beliau turut membandingkan langkah yang dilakukan kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia dengan Amerika Syarikat dengan lapangan terbang Atlanta.

Meskipun lapangan terbang Atlanta antara lapangan terbang tersibuk dunia, dianggarkan cuma 5% daripada kakitangan lapangan terbang yang menggunakan face mask dan sarung tangan. Hand sanitizer pula sebaliknya tidak tersedia di kaunter seperti Malaysia dan cuma boleh didapati di bilik air.

2020-01-21T110603Z_366337790_RC2BKE9VM16P_RTRMADP_3_CHINA-HEALTH-PNEUMONIA
Sumber: The Rakyat Post

Lebih mengejutkan, beliau turut mengongsikan keluarga beliau bersama pelancong lain yang tiba dari Malaysia dan Singapura telah dikenakan saringan di lapangan terbang namun tidak pelancong dari Jepun dan beberapa negara Eropah yang lain.

Perkongsian beliau turut memberi kelegaan buat warga Malaysia yang ketika ini sedang bertarung dalam membasmi wabak COVID-19. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Profesor Jason Hassenstab ini sudah berjaya menerima lebih 3,500 likes dan 2,100 shares di Facebook. Berikut merupakan antara komen netizen mengenai perkongsian daripada Profesor Jason Hassenstab.

Screen Shot 2020-03-24 at 12.51.26 PM
Sumber: Facebook Jason Hassenstab
Screen Shot 2020-03-24 at 12.51.06 PM
Sumber: Facebook Jason Hassenstab

Semoga usaha keras warga Malaysia dalam membasmi wabak COVID-19 ini menunjukkan hasil menerusi inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan kerajaan Malaysia.

Ketahui juga apakah benar Vladimir Putin menggunakan singa untuk membantu lockdown COVID-19 di Rusia.

Benarkah Vladimir Putin Guna Singa Bantu ‘Lockdown’ COVID-19 Di Rusia?

Orang Ramai Cetus Kesesakan Di Jambatan Pulau Pinang, Tidak Hirau Perintah RMO

Sumber