Sudah menjadi kebiasaan setiap pelajar yang sudah selesai melepasi peringkat SPM bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke tahap seterusnya. Sama ada di peringkat manapun, cita-cita yang dibawa ini haruslah disokong demi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih cerah dan baik.

INSPEN turut mendokong cita-cita yang sama. Disaat orang ramai membincangkan soal hartanah dengan meluas termasuk di media sosial yang turut menarik minat anak muda, INSPEN dengan berbesar hati telah menawarkan sebanyak tiga program khas buat para pelajar lepasan SPM.

Tiga kursus yang ditawarkan adalah Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) dimana ketiga-tiga program ini kini sedang dibuka untuk pengambilan 2017/2018.

Nak tahu apa yang menarik mengenai INSPEN? Berikut merupakan 5 sebab mengapa INSPEN wajar menjadi pilihan buat para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam kursus melibatkan hartanah.

5 Sebab INSPEN wajar menjadi pilihan para pelajar

1. Syarat kelayakan yang rendah 

WhatsApp Image 2017-09-11 at 4.30.30 PM

Berbekalkan 3 kredit di dalam keputusan SPM, para pelajar sebenarnya sudah layak untuk melanjutkan pelajaran di INSPEN. Barisan tenaga pengajar yang berpengalaman bakal membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut kursus yang dipilih sehingga membolehkan setiap pelajar berjaya mendapatkan pekerjaan seusai sahaja tamat program.

2. Penawaran harga yuran yang sangat berbaloi

WhatsApp Image 2017-09-11 at 4.00.18 PM

Melanjutkan pelajaran di beberapa institut lain mungkin agak membebankan buat sesetengah pelajar serta ibubapa namun tidak di INSPEN. Dengan niat untuk membantu para pelajar, INSPEN turut menawarkan harga yuran yang sangat berbaloi buat para pelajar dengan serengah RM365 sahaja untuk satu semester.

3. Tidak sekadar buat pelajar lepasan SPM

WhatsApp Image 2017-09-11 at 4.31.23 PM

Dalam menawarkan pendedahan ilmu mengenai bidang hartanah, INSPEN juga turut menawarkan peluang buat mana-mana warga negara Malaysia yang melepasi syarat kelayakan yang berminat untuk menjadi perunding hartanah berdaftar.

Ini merupakan peluang yang patut diberikan perhatian ramai. Disaat orang ramai membincangkan soal harga jual beli rumah, kursus seperti ini pastinya antara yang rebutan disebabkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat. Anda juga turut berpeluang untuk menjadi sebahagian darinya dengan menjadi perunding hartanah berdaftar sekaligus memperoleh keuntungan hasil daripada jual dan beli rumah secara sah.

Berdasarkan nilai komersial sebanyak 3%, anda sebenarnya sudah berpeluang untuk mendapat kurang lebih RM15,000 sekiranya hartanah dijual pada harga RM500,000. Berbaloi bukan?

4. Kemudahan tempat tinggal sepanjang tempoh pengajian

WhatsApp Image 2017-09-11 at 4.29.18 PM

Khas buat para pelajar INSPEN, segala kemudahan melibatkan tempat tinggal semuanya ditanggung. Para pelajar tidak lagi perlu mendapatkan rumah sewa dan sebagainya kerana INSPEN bakal menanggung kos asrama anda sepanjang menjadi pelajar di INSPEN.

5. Peluang pekerjaan dan belajar yang cerah

WhatsApp Image 2017-09-11 at 4.33.13 PM

Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian mengenai program yang ditawarkan di INSPEN adalah program-program yang ditawarkan turut melayakkan para pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di Australia dengan potongan kredit.

Selain itu, peluang untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta juga sangat cerah hasil didikan dan sijil dari INSPEN sekaligus mengelakkan daripada para pelajar mengganggur sebaik sahaja tamat pelajaran.

Bagaimana untuk mendaftar di INSPEN?

Program hartanah INSPEN

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan INSPEN, anda boleh hubungi Pusat Akademik di talian 03-8911 8800 atau emel di [email protected]. Anda juga boleh terus klik link di sini untuk mendaftar sebagai pelajar.