Bagi membantu golongan belia dan wanita yang masih tidak mempunyai rumah sendiri, FAR Capital Sdn Bhd dengan kerjasama portal gilahartanah dan hartabumi menganjurkan program khas ‘Kunci Rumah Pertamaku’ yang dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd iaitu Faizul Ridzuan kurangnya kesedaran tentang bagaimana mahu memiliki kediaman sendiri antara punca mengapa kurangnya kadar pemilikan hartanah terutama di kalangan wanita dan belia.

Program khas ‘Kunci Rumah Pertamaku’ merupakan program tanggungjawab korporat sosial (CSR) yang menetapkan objektif untuk mempersediakan 2 golongan iaitu belia dan wanita untuk memiliki rumah pertama mereka dan memperkasakan kewangan peribadi mereka.

Program tanggungjawab korporat sosial ini terbuka kepada minimum 50 peserta secara percuma dan mensasarkan 1,000 penyertaan pada program kali ini. Permohonan boleh dipohon melalui atas talian iaitu di laman webportal gilahartanah dan hartabumi.

FAR Capital Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat konsultasi yang memfokuskan dalam dalam membantu para klien mencapai matlamat kewangan menerusi pelaburan hartanah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group