“Hello Encik Firdaus, saya dari XYZ Vacation Club. Kami ada suatu program untuk jemput Encik Firdaus hadir di Hotel XYZ. Kami ada program percutian yang hebat. Jika Encik hadir ke program ini, kami akan berikan penginapan percuma 3 hari 2 malam di Hotel XYZ.”

Pernah tak dapat panggilan telefon begini?
Syarikat ini legit (sah). Tawaran yang diberi pun legit. Memang lepas hadiri program akan dapat penginapan percuma. Ini bukan scam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi…

Semasa program, penganjur akan berikan taklimat berkenaan pakej percutian syarikat. Anda akan ditawarkan penginapan ‘PERCUMA’ antara 7 hingga 14 malam di mana-mana hotel milik syarikat percutian tersebut.

Anda akan dijanjikan percutian yang mesra keluarga sepanjang tahun. Harga purata penginapan berkali ganda lebih murah daripada harga asal. Macam-macam lagi janji manis diberi.

“INI ADALAH PELABURAN TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA”

“SELAMA 30 TAHUN ANDA AKAN ADA TEMPAT UNTUK BAWA KELUARGA BERCUTI”

Harga pakej ‘murah’ sahaja. RM 30,000 hingga RM 40,000. Tiada duit sekarang?

Tak mengapa EZ pay kan ada. Baru RM 833 sebulan.

Macam mana saya tahu ‘game’ Timeshare, sebab saya pun dah ambil pakej 30 tahun ni. Masa tu muda lagi. Habis RM 35,000 untuk ‘pelaburan’ jangka masa panjang. RM35K boleh angkat rumah flat sebiji dengan ‘positive cashflow’ tau!

program-travel-2

Pada awalnya memang menarik. Tapi lama kelamaan jadi muak. Rasa tertipu. Kenapa?

1. Bilik hotel selalu penuh. Walaupun syarikat mempunyai jaringan hotel di serata Malaysia, bilik selalu penuh. Kalau nak tempah, kena sampai satu tahun ke hadapan. Nak last minute, memang tak dapat.

2. Terma dan syarat yang tidak mesra. Contohnya:

i. Kena booking sekurang-kurangnya 2 malam berturut-turut. Tidak boleh menginap hanya 1 malam.

ii. Dalam 14 malam penginapan ‘percuma’ yang diberi, hanya 7 malam sahaja boleh digunakan untuk malam di hujung minggu (weeekend).

iii. Jika nak buat booking, perlu book lebih dari 3 hari bekerja.

iv. Untuk menginap di hotel milik syarikat di luar negara, anda hanya boleh buat booking selama 7 malam berturut-turut. Hanya boleh check in pada hari Jumaat dan check out pada hari Jumaat. Hari lain, tak boleh.

v. Ada beberapa hotel lain yang menjadi rakan kongsi syarikat di mana pelanggan boleh menginap dengan harga diskaun. Tetapi apabila disemak, harga bilik di hotel yang sama adalah lebih murah jika dibeli melalui portal seperti Traveloka.

3. Penginapan di hotel syarikat TIDAK TERMASUK sarapan pagi.

4. Selain bayaran kontrak, pelanggan harus membayar yuran penyelenggaraan tahunan (maintenance fee) setiap tahun sehingga 30 tahun.

Jangan jadi macam saya. Kalau ada orang telefon dan memberi tawaran begini, pergi sahaja untuk claim penginapan percuma. Semasa ceramah diberi, tutup telinga dan tutup hati.

JANGAN JOIN!

Simpan RM 35K tu dalam aset lain yang boleh memberikan pulangan. Gunakan hasil pulangan untuk bercuti sendiri. Follow group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook untuk dapatkan maklumat-maklumat berkenaan percutian ‘do it yourself’.

Jika melancong dengan keluarga, gunakan khidmat AirBnB. Jika nak ala backpacking, cuba menginap hostel backpackers.

Apa-apa pun JANGAN JOIN TIMESHARE.

Ahmad Firdaus Mohd Haris
Doktor Jalan