Seringkali kita melihat iPhone klon hadir dengan perisian Android dimana model ini disasarkan buat mereka yang tidak mahu berbelanja besar untuk mendapatkan iPhone yang asli serta masih mahukan rekaannya seumpama dengannya.

Namun lain ceritanya pada kali ini, dimana pembangun ini telah memperkenalkan sebuah sistem yang dinamakan Project Sandcastle yang membolehkan pengguna menggunakan sistem Android pada iPhone mereka yang asli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2020-03-06 at 4.20.47 PM
Sumber: Forbes

Menerusi Project Sandcastle, pengguna iPhone 5S, iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPod Touch berpeluang menggunakan sistem Android menerusi jailbreak checkra1n. Walau bagaimanapun, sistem Projectcastle ini dilihat tidak mampu beroperasi pada iPhone X serta model-model yang lebih baharu.

Buat anda yang mahu mencuba, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. Turut dikongsikan, panduan untuk pengguna iPhone menggunakan sistem Android.

Apple pada minggu ini diarah membayar pampasan sebanyak RM2.09 bilion kerana sengaja memperlahankan iPhone. Lihat juga 6 gambar night mode terbaik yang diambil menggunakan iPhone.

Apple Diarah Membayar Pampasan RM2.09 Bilion Kerana ‘Sengaja’ Memperlahankan iPhone

Apple Kongsi 6 Gambar ‘Night Mode’ Terbaik Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone