Projector Band bakal mengadakan konsert terbaru mereka di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam dan persembahan akan dijalankan selama satu jam.

001

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi memperkenalkan kepada orang ramai mengenai konsert terbaru mereka ini, pelancaran tiket konsert telah diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor). Pada majlis pelancaran tersebut, Projector Band telah membuat penampilan khas dan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk “Meskipun Kau Tahu”, “Percaya Hati” dan single pertama mereka “Sudah Ku Tahu” yang menghiburkan orang ramai. Ini diikuti dengan sesi beramah mesra bersama perminat. Peminat yang membeli tiket di majlis pelancaran ini juga telah mendapat album pertama mereka yang di tanda tangan secara peribadi oleh Projector Band sendiri.

003

001

Oh ya. Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk “Setia Menantimu”. Tiket kini boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Kepada anda yang terawal membeli tiket akan mendapat album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Apa tunggu lagi, cepat dapatkan sekarang!