Ianya satu perkara ‘pelik’ apabila satu maklumat penting ditiriskan sendiri oleh pihak Marvel dan bukannya daripada pelakon seperti Tom Holland dan Mark Ruffalo.

Marvel Comics berkongsikan kembali satu artikel bertajuk ‘test/DO_NOT_PUBLISH-confidential-24569’ yang ditulis pada 11 Jun 1999 di mana artikel ini mengandungi kandungan ‘tidak lengkap’ tentang satu projek dikenali sebagai ‘Weapon Plus Program Members’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa motif sebenar Marvel berkongsikan kembali artikel ini? Peminat terus berteka-teki mengatakan kemungkinan beberapa watak baharu akan diperkenalkan oleh Marvel tidak lama lagi.

Menurut seorang pengguna Twitter, nombor roman yang ditulis oleh Marvel Entertainment ini merujuk kepada simbol untuk watak-watak Marvel (Weapon X adalah Wolverine, Weapon 1 adalah Captain America dan Weapon XIII adalah Fantomex).

Ada juga yang berpendapat ini merupakan viral marketing terbaru oleh Marvel untuk memberi hype kepada San Diego Comic Con di mana mereka bakal berkongsikan perkembangan serta rancangan baharu untuk dunia Marvel.

Atau mungkin juga ini adalah teaser untuk operasi reboot franchise X-Men oleh Marvel Studious dengan Fantomex bakal mengetuai operasi ini? Marvel bijak membiarkan peminat membuat andaian terhadap rancangan masa depan mereka. Kita nantikan sahaja perkembangan baharu tentang ‘mesej sulit’ daripada Marvel ini.

Sumber