Menurut laporan pada tahun 2019, banyak rumah dengan harga mencecah RM500,000 gagal mendapat pembeli berikutan harganya yang diluar kemampuan kebanyakan Rakyat Malaysia.

Terbaharu, sebuah unit rumah di M Vertica, Cheras, Kuala Lumpur dikhabarkan akan dilelong pada 9 November 2022. Difahamkan, pembangunan kediaman tersebut belum selesai dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2023.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Selangor Auction Property di Facebook, unit kediaman itu akan dilelong dengan harga RM 470,000 dan dapat dilihat kediaman di situ bertingkat-tingkat serta padat seperti di Hong Kong.

Secara keseluruhan, terdapat 3,684 unit dimana Menara A sebanyak 808 unit, Menara B sebanyak 685 unit, Menara C sebanyak 752 unit, Menara D sebanyak 793 unit dan Menara E sebanyak 646 unit. Pembinaan pula adalah 850 kaki persegi untuk susun atur tiga bilik tidur dan 1,000 kaki persegi untuk reka bentuk empat bilik tidur.

Harga jualan bermula pada RM480,800 dengan bayaran penyelenggaraan 35 sen psf. Isu tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana ada unit yang dilelong walaupun projek itu masih lagi belum selesai.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut berseloroh mengatakan bahawa jika lambat ke tempat kerja atau keluar dari kediaman tersebut pasti berasa tertekan kerana perlu tunggu lama disebabkan ramai orang.

Akan tetapi, dalam satu laporan mengatakan bahawa M Vertica ini akan menawarkan lif berprestasi tinggi yang dapat bergerak dari bawah ke tingkat atas dalam masa 45 saat dalam keadaan biasa. Menara A dengan 808 unit akan disediakan enam lif, manakala Menara B dengan 685 unit akan disediakan lima lif.