Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jika pada bulan lalu projek M Vertica, Cheras yang turut disebutkan sebagai ‘Mini Hong Kong’ ini dilelong pada harga RM470,000, nampaknya projek yang belum siap ini sekali lagi bakal dilelong dengan harga yang lebih rendah.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan harga terbaru yang dikongsikan laman Facebook Selangor Auction Property, projek yang bakal siap pada tahun 2023 ini sekali lagi bakal dilelong dengan harga serendah RM423,000 sahaja iaitu RM47,000 lebih rendah.

Secara keseluruhan, projek ini merangkumi 3,684 unit di mana Menara A mempunyai 808 unit, Menara B mempunyai 685 unit, Menara C mempunyai 752 unit, Menara D dilengkapi dengan 793 unit dan Menara E sebanyak 646 unit. Pembinaan pula adalah 850 kaki persegi untuk susun atur tiga bilik tidur dan 1,000 kaki persegi untuk reka bentuk empat bilik tidur.

Setakat ini, hanya Menara B sahaja yang sudah siap dibina manakala menara lain masih lagi dalam proses.

Sumber: Facebook Selangor Auction Property
Sumber: Facebook Selangor Auction Property

Harga jualan bagi pangsapuri ini mulai ditawarkan pada harga bermula daripada RM480,800 dengan bayaran penyelenggaraan 35 sen psf. Isu tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana ada unit yang dilelong walaupun projek itu masih lagi belum selesai.

Berdasarkan respon netizen, ramai yang berpendapat pangsapuri kecil dan padat ini hanyalah sesuai dinilaikan pada harga serendah RM150,000 sahaja manakala harga sekitar RM400,000 yang ditawarkan adalah tidak munasabah meskipun ditawarkan secara diskaun.

Terdapat juga netizen yang berpendapat projek ini hanya dibangunkan bagi membolehkan pihak pemaju meraih keuntungan besar-besaran.

Melihat kepada respon di kalangan netizen, tidak mustahil projek ini sekali lagi bakal dilelong dengan harga yang lebih rendah sekiranya gagal mendapatkan pembeli.