Meskipun kurang dipersetujui ramai mengenai pelan kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional terbaru selepas Proton dan Perodua, projek ini nampaknya bakal menjadi realiti menjelang 2020 sepertimana yang diidamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof berkata pihak kerajaan kini dalam usaha untuk merancakkan kembali industri automotif negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Kapital

Usaha yang dibuat ini dijalankan berikutan potensinya yang besar disokong pula dengan pengeluar komponen kenderaan dari sektor perusahaan kecil dan sederhanan sekaligus dapat mengurangkan kos pembinaan.

Selain itu, difahamkan lahirnya jenama kereta nasional terbaru ini sekaligus bakal memberikan peluang buat para graduan serta pekerjaan buat mereka yang mahir dan berpengatahuan dalam industri automotif.

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga dikatakan masih komited dalam menawarkan yang terbaik buat jenama Proton dalam mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama ini.

Sumber