Kabinet hari ini bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos berjumlah RM16 billion iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos harga lama yang berjumlah RM31.65 billion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guang Eng berkata dengan pengurangan ini, ia sekaligus dapat menjimatkan kos sebanyak 15.02 billion. Namun, kos keseluruhan ini tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), kos pengambilan tanah, kos pengurusan projek, fi perund, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos-kos lain yang berkaitan.

Antara langkah yang diambil untuk memastikan LRT 3 ini berjalan adaah dengan mengurangkan saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT, mengubahsuai saiz dan reka bentuk stesen LRT seperti rekaan LRT Kelana Jaya, pengurangan tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc serta Membatalkan pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam.

Lima stesen akan ditangguhkan pembinaan di mana stesen ini dijangka mempunyai jumlah penumpang yang rendah sehingga sampai keperluan untuk membina stesen terbabit. Pembinaan stesen yang akan dibatalkan adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

Selain daripada pengurangan ini, kerajaan juga akan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 bagi mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan bagi mempercepatkan tempoh siap projek ini.

Walaupun pembinaan laluan LRT3 ini akan mengambil masa, tetapi biar lambat asalkan ada.