Motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Y-Suku cukup dikenali dan digemari oleh pelbagai golongan di negara ini. Ia menjadi satu fenomena sehingga ramai orang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk modifikasi motosikal tersebut.

Baru-baru orang ramai sedang sibuk bertukar pendapat antara satu sama lain setelah melihat sebuah syarikat tempatan telah berjaya membina sebuah prototaip motosikal Y-Suku elektrik pertama di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan prototaip motosikal Y-Suku elektrik ini dibangunkan oleh syarikat UMORIE Berhad yang berpengkalan di Bangi dengan kerjasama Omar Jumiran, seorang ‘kaki modifikasi’ motosikal tempatan yang pernah memenangi pertandingan modifikasi antarabangsa pada tahun 2018.

Difahamkan bateri motosikal ini boleh dicas dengan menggunakan sistem pengecasan 3 kali ganda yang lebih pantas berbanding skuter elektrik biasa. Sistem pengecasan tersebut dibangunkan sendiri oleh syarikat UMORIE Berhad yang sememangnya fokus pada perkembangan teknologi bateri tempatan

Setelah melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Facebook Careta, orang ramai berkongsikan pelbagai reaksi pada ruangan komen. Ada yang gembira dengan prototaip motosikal ini, ada yang menantikan model ini berada pasaran dan ada juga mempersoalkan adakah ia sesuai digunakan di Malaysia.

vocket-prototaip-y-suku-elektrik-pertama-malaysia-1
Sumber Gambar: Facebook Careta
vocket-prototaip-y-suku-elektrik-pertama-malaysia-2
Sumber Gambar: Facebook Careta
vocket-prototaip-y-suku-elektrik-pertama-malaysia-3
Sumber Gambar: Facebook Careta
vocket-prototaip-y-suku-elektrik-pertama-malaysia-4
Sumber Gambar: Facebook Careta

Setakat artikel ini ditulis, pihak portal Careta baru sahaja selesai membuat rakaman review bersama motosikal ini dan mereka akan berkongsi video tersebut dalam masa yang terdekat.

Sekiranya anda teringin melihat kepantasan motosikal Y-Suku yang telah diubah suai dan boleh memecut laju macam sebuah kereta Tesla, anda boleh menonton video tersebut di sini.

Dijumpai pada awal tahun ini, orang ramai ternanti-nantikan model Y15ZR 2021 untuk berada di pasaran Malaysia. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Yamaha Y15ZR 2021 Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

PDRM Pantau Kebanjiran Ysuku Dengan Modifikasi Melampau