Peminat kereta vintage pasti teruja dengan inisiatif terbaru dari Land Rover ini. Projek ‘Reborn’ adalah projek di mana Land Rover akan restore kembali model ikonik yang pernah mereka hasilkan dan Land Rover Series 1 dipilih sebagai model pertama untuk projek Reborn ini.

Terhad kepada 25 unit sahaja, team berpengalaman Land Rover sendiri akan memilih kereta mana yang akan dibaik pulih dan ianya akan dibaiki ke factory setting, seperti keadaannya keluar pertama kali pada tahun 1948. Pembeli boleh memilih dari beberapa warna yang mereka suka antaranya Light Green, Bronze Green, RAF Blue, Dove Grey dan Poppy Red. Semua kereta ini nanti akan dibaik pulih di kilang asal Land Rover di Solihull, England.

Kereta ini dijangka dijual pada harga USD85 ribu (lebih kurang RM332 ribu) ke USD110 ribu (lebih kurang RM430 ribu) bila ianya siap nanti. Barulah stylo bawa kereta ini ronda-ronda di Bangsar.

land-rover-series-1-reborn-2

land-rover-series-1-reborn-3

land-rover-series-1-reborn-4

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →
  • SUMBER
  • HB