Menurut laporan New York Post, sekumpulan saintis bercadang untuk menggunakan teknologi tercanggih yang akan dihasilkan menerusi projek Seabed 2030 menjelang tahun 2030 nanti. Projek Seabed 2030 ini dijalankan supaya mereka dapat menjelajah setiap pelosok lautan berikutan usaha mereka untuk merungkai misteri lokasi penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Sekumpulan saintis ini berusaha untuk merungkai misteri MH370 dengan mencari bangkai-bangkai pesawat dan kapal yang hilang menggunakan teknologi yang bakal dihasilkan dalam projek Seabed 2030 itu nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AUV-Work-Hanger
Sebahagian daripada projek seabed 2030. Sumber: oceaninfinity

Dalam pada yang sama, projek Seabed 2030 ini dihasilkan dengan harapan menjelajah ke pelosok lautan dan menemui gunung-gunung yang tersorok di dasar lautan yang berkemungkinan boleh membahayakan pergerakan kapal-kapal selam yang melalui lautan dalam.

Diharapkan projek Seabed 2030 yang dijalankan oleh sekumpulan saintis ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan sebuah teknologi yang tercanggih untuk kegunaan masa akan datang.